PENGUMUNAN

Buat sementara waktu, blog ini sedang dikemaskini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tetapi kome masih boleh melayari seperti biasa. Terima Kasih.
BROTHER WAS BORN

By ANSARI on 12:00 AM

Komen (0)

Filed Under: , , ,

Teman ada buat sebuah lagi blog untuk tatapan kome semua..semoga dapat meluangkan masa untuk menjenguknya. Jangan lupa sila tinggalkan kesan. :D

http://akilansari.blogspot.com/

cerita >> 7 KEPALA 1 HATI

By ANSARI on 4:04 PM

Komen (4)

Filed Under: ,

Teman tak tahu macam mana nak mulakan post ni. Teman ni bukan orang yang suka bermadah-madah. Jauh sekali orang yang bermain dgn bunga-bunga bahasa. Pada hujung minggu yang lalu, anggota TEAM MARUSA telah membuat lawatan sambil bergembira di Langkawi, pulau paling popular di Malaysia.

Perancangan lawatan ini sebenarnya telah lama di fikirkan semasa di UPSI lagi. Tarikh awal sepatutnya pada 25-30hb November yang lepas. Tetapi disebabkan komitment cikgu-cikgu ini terhadap boss mereka maka 17hb Dis 2008 telah dipilih. Bincang punya bincang akhirnya pada 17hb juga tidak dapat dijalankan kerana salah seorang keanggotaan Team Marusa ini menyambut ulangtahun kelahiranya. Baru cadang nak tut*** kat sana..he3.

Bermula 18hb bergerak di rumah masing2 dan akhirnya berkumpul di rumah teman untuk makan tengah hari, dan kemudian bergerak la keme ke utara tanah air. Selama 4 hari 3 malam keme bertujuh berkampung di Langkawi. Memang menyeronokkan. Nak kata banyak aktiviti tak la sangat..tapi boleh la..

Sila klik sini untuk aktiviti2 yang dilakukan sepanjang reunion ini.


cerita >> KORBAN AIDILADHA

By ANSARI on 5:58 PM

Komen (0)

Filed Under: ,

Salam kepada kome-kome yang sudi menjenguk blog teman nih. Walaupun blog ini bukan sepenuhnya blog personal teman tapi teman ada juga yang selit-selitkan kisah silam teman kepada yang ingin mengambil pengajaran waima nak buat drama atau filem sekalipun..

Teman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban 1429H..Semoga Qurban tahun ini melebihkan pengorbanan kome untuk diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat, agama dan negara.

Teman teringat masa teman hidup di Tg Malim waktu Hari Raya Qurban ni..Memang seronok la sebabnya kawan-kawan pun tak balik..memang majoriti tak balik la sebabnya cuti pun kadang-kadang sehari je.

Selepas sembahyang raya Aidiladha di Masjid Jamek Tg Malim,teman dah tak tau nak pergi mana. Lagipun taman yang teman tinggal tak ada seekor kambing atau lembu juga kerbau yang tumbang apatah lagi unta.

Selaku ahli anggota Kolej Kediaman Luar Kampus, kampus yang terbesar di Tg Malim, memang ada juga la seekor dua lembu yang tumbang. Selalunya bukan 10 Zuhijjah..tapi dalam hari tasyrik la..yang bestnya dapat daging free la..ha3.

Memang teman tunggu time nih. Lepas je kuliah, teman and the gang pedereh (dengan sepantas kilat la..) pergi ke tempat agihan daging untuk mendapatkan sekilo dua.Teman pergi dengan basikal je..gang-gang lain naik kereta la,mana nak bawak dengan basikal, carrier pun tak ada.haha.

Memang sempat dan memang banyak yang lebih. Teman mengambil kesempatan la..apa lagi tunggu. Dalam seminggu dua teman makan daging jela kat rumah. Sup, tom yam, daging black paper, daging goreng, daging masak kicap, nasi goreng+daging..pueh giler.hahaha..Macam-macam resepi di praktik kan..

Ok la..kepada kome, teman ingin mengucapkan Salam Aidiladha..Maaf Zahir & Batin

cerita >> MERDEKA JUA AKHIRNYA..

By ANSARI on 4:28 PM

Komen (0)

Filed Under: ,

Selama hampir sebulan teman berhempas-pulas berulang-alik dari rumah ke sekolah untuk tujuan murni ini.haha..

Kadang-kadang rasa ok jugak jaga budak2 spm nih. Bukan ape..ramai skt kenalan.he3. Cikgu2 yang jadi pengawas sekali dengan teman pun bukan sama sekolah..Biar le teman sebut sorang-sorang pengawasnya. Bukan ramai pun.
  1. En Mior Ismail Bin Mior Kassim (Ketua Pengawas) - SMK Temenggong
  2. En Khainuri Bin Hanafiah - Kolej Melayu KK
  3. Pn Noor Aini Bt. Mohd. Haris - SM Teknik KK
  4. Cik Zira Asyikin Bt. Ramli - SMK Clifford

Teman jaga budak2 nih kat SMK Raja Muda Musa,KK. Budak2nya tak ada la yang buat perangai sangat..baik-baik belaka. Tapi tak tau la depan pengawas je elok, belakang tak tau la kan.he3. (xdela)

Pengalaman pertama kali jaga spm ni memang best la..tolak la letih..ambil itu ini..pergi sana sini..Baru teman tawu jaga peperiksaan ni bukan mudah seperti yang kita nampak..jaga budak jangan bagi meniru, ke hulu ke hilir, bagi kertas soalan & pungut bila dah siap..isk2,bukan camtu. Banyak lagi benda-benda tersirat disebalik tu..nak teman sebut juga ke? sikit jela, byk sebenarnya; bilik kebal yang sangat kebal,bungkus kertas dengan kaedah yang betul,pos dengan mengikut syarat2 perkeranian pejabat pos,sebelum tiba hari peperiksaan lagi banyak nak diuruskan untuk menjadikan soalan-soalan tidak bocor.

Kepada calon-calon SPM SMK RAJA MUDA MUSA KUALA KANGSAR, diucapkan semoga berjaya menerima keputusan yang bakal tiba tahun hadapan. Jumpe teman jgn lupe tegur sapa.

p/s: kalau nak tawu camner kena lah jadi cikgu dulu & kemudian mintak kat penolong kanan nak jadi pengawas peperiksaan.ha3

cerita >> KAD RAYA ADIK DIDIKKU..part 2

By ANSARI on 11:21 AM

Komen (10)

Filed Under: ,

nak beso klik gambar

Kadang-kadang syok juga mengajar kelas hujung nih. Banyak karenah dan perangai yang teman dapat. kome bace la kad raye ni..teman tak nak banyak citer r..
:Rabbit42:

cerita >> KAD RAYA ADIK DIDIKKU..part 1

By ANSARI on 12:20 PM

Komen (7)

Filed Under: ,

klik untuk paparan yang lebih jelas


Kad raya ini yang teman dapat pada bulan puase yang lepas. Walaupun teman kadang2 beron mengajar kelas nih tapi bile ada sorang murid bagi kad raya nih, hati teman sejuk balik..rasa cam dihargai jugak..terima kasih la adik didikku..
(anak didik? teman mude lagi lah!)

:Rabbit30:

cerita >> PUASA DI TANJUNG MALIM

By ANSARI on 2:59 PM

Komen (2)

Filed Under: ,

Bila nak mula pose ni teringat lak pose kt tanjung malim. Besala tempat teman blajo dulu la..masa tu walaupun tidak berbuka dgn family tapi dgn kwn2 rumah sewa pon best jugak..

Selalunya bbuke kami akan beli makanan masing2. bile berbuka semua berkumpul depan tv.tunggu azan. abis azan KL baru makan. lagipun selalunya tg malim 3minit lambat dari KL waktu berbukanya.

Tapi yang lawaknya bile xsempat nk beli makanan. banyak sebabnya..tertidur (sebab letih sangat..ilmu dah penuh kepala la katakan. kepala xboleh angkat),duit tak mengizinkan (pos bagi mak bapak kat kg..anak mithali tuh) dan selalunya makanan di bazar ramadhan dah habis..memang sedih la,penat2 penat kayuh basikal nak beli makanan tapi dah tak ada rezeki..pasrah jela..layan jela..

Banyak kenangan berpuasa di tg malim..payah nak lupekan.. berpuasa, berkuliah, berbazar ramadhan, berbuka, bertarawih, bermain bunga api...Terawih selalunya buat lapan rakaat je..pastuh sembahyang witir sendiri..tapi surau An-Nur mmg buat lapan rakaan je dengan solat witir tiga rakaat. Pegi surau or masjid kadang-kadang kayuh basikal je..terima kasih la kepada sopi yang banyak menyumbangkan jasa basikalnye kepada teman nih ha..insyaAllah pahala teman pegi masjid terawih dapat la kita share sama-sama.

kepada team marusa sekalian, teman suke nak berpose dgn kome lagi, main bunga api lagi...

cerita >> KAWAN KAWEN

By ANSARI on 8:53 PM

Komen (2)

Filed Under: ,

Nak cuti sekolah nih, banyak la undangan2 perkahwinan..kawan2 teman semua nak kawen (married). Semua dengan muka berseri-seri & gembira mengeposkan kad2 walimatul urus. Dengan masa dan kelapangan yang ada InsyaAllah teman akan penuhi undangan kome..


Kawan matrik teman, classmate lagi, akan kawen pada hari yang sama 16hb Ogos nih. Juare & Nazrah..tak lupe ehsanulhadi jugak..isk2 pening jugak teman nak mikio (fikir) nak datang. Sedangkan 17hb teman ade kenduri jugak di belah pengantin laki..abang ipar teman ler..tengok la kwn2, kalau teman larat teman datang le..

Kepada semua kawan2 teman yang nak kawen,


Semoga kome gembira selamanya..

Selamat menjadi ratu/raja sehari..lepas tu jadi kuli balik.kah3...


cerita >> TEAM MARUSA

By ANSARI on 10:43 PM

Komen (6)

Filed Under: ,

Salam..
nak cerita sikit tentang TEAM MARUSA nih..nama nih sebenarnya secara xsengaja dapat bila tinggal di Tg Malim. Bagi mereka yang pernah lalu atau tinggal di Tmn Slim mesti pernah terbaca ataupun singgah di kedai MARUSA. Dari situ dapat idea roomate teman untuk menamakan keanggotaan kami nih sebagai TEAM MARUSA.

Ahli2 nya terdiri daripada....

teman buat analisis tentang crewz nih atas pandangan peribadi teman, tiada istilah copycat ataupn photocopy mana2 laman web k..

SOPI
bekas kumpulan punk di perak yang tak berape nak berjaya. mempunyai sifat cinta yg tulus ikhlas..tak caya tanya awex2 die.he3..kadang2 susah nak paham perangainye tapi kalau dah paham..ehem2. die nih ok jer, xde masalah pun walapun ader masalah dengan orang lain, org die baik hati je, selalu tolong org..

RAZI
simple n sempoi. walaupun kadang2 jarang berbincang tapi kalau bab2 komputer, tanya je die nih..semua tawu exspecially bab2 games nih, mmg expert.. senang je dibawa bincang dengan die nih. kalau jadi pengetua mesti teman sanggup jadi pk (pen kanan) die.ha3

WAN
manusia yang penuh misteri..kejap nak, kejap taknak, kejap suruh tunggu, kejap suruh pergi dulu..phm ke?? abaikan.ha3. kdg2 dirinya jadi bahan gelakan tapi jiwanya kental.t.idak pernah mengalah, terutama apabila bercakaran dengan kawan baiknya; ajib..mmg tak sudah kalau deme bertengkar

AJIB
'sengal' perkataan yang paling suke disebut manusia nih..selalu menimbulkan suasana ceria terutama apabila berhadapan dengan discusi. jarang mengeluarkan amarahnya. sentiasa menyerongin (senyum&sengih dlm bhsa perak). kwn yg senang didampingi..tak percaya tanya kwn2 die yg lain. side kid dlm team nih.

JAT
walaupun badannya sedikit berisi tetapi masih belum cukup menyaingi aflin shauki.ehe..sangat rajin belajar, tambahan subjek yg die minat..pemalu orangnya, tapi kalau dah lebih2 mengalah orang tak malu..sangat menyayangi harta bendanya terutama kereta dll..sanggup redah hutan hujan belantara untuk mencapai keinginannya.

GG
masalah dan solution sering dihadapinya. manusia yg tak pernah marah..teman pun tak tawu petua ape yg dipakainye. anggota wajib dlm setiap perjumpaan. selesa sangat pabile berkawan dgn die nih. slogan hidupnya ialah kebahagianmu kebahagianku jua..tak gitu gg?? ngeh3

AWE
paling lama teman kenal dlm keanggotaan nih. sifat kebapaan seringkali digilai ramai wanita2 gadis2 nyonya2 makcik2 dan sewaktu dengannya. banyak idea, perancangan dalam kepalanya. teman kadang2 hairan crewz lain akan dengar je cakap die, tapi teman selalu bangkang..ehe. lagi bes,die nih jarang berkira dan rajin tolong org..bagus2..tambah amal ibadat lagi.

AKIL
teman pun xtawu die nih macamne..antara anggota yang selalu meninggikan suara apabila kena tmptnye.ha3.tapi hatinye baik. kadang2 banyak menyusah org tapi bile lagikan..uhuu


Sebenarnya, nama2 diatas adalah keanggotaan tegar, yg aktif dan produktif. Selain diatas masih ada lg 2 manusia yang tidak disebut iaitu mie & adi (bukan adi dan ayah). Mie & adi adalah keanggotaan kurang tegar mungkin disebabkan sudah berkeluarga dan tidak dapat memberi komitmen yang baik. Issokey..keme ok jer.


Kehidupan sebagai TEAM MARUSA mmg byk mgjr ttg kehidupan dan kekawanan..nila perkara besar yg ditempuhi bersama-sama.
Walaupun singkat tp ia lebih lama jika diteruskan waima tidak tinggal sebumbung lagi. Apa yang penting...??? KERJASAMA!