PENGUMUNAN

Buat sementara waktu, blog ini sedang dikemaskini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tetapi kome masih boleh melayari seperti biasa. Terima Kasih.
BALIKLAH MENGUNDI

By ANSARI on 8:11 AM

Komen (0)

Filed Under: ,



bes lak kempen balik mengundi nih..

SEDIH SESEDIH-SEDIHNYA...

By ANSARI on 10:04 PM

Komen (0)

Filed Under: ,

kome bace le bebetoi surat nih & kome renung sejenak.
tkasih..

HARAM SAMBUT HARI KEKASIH VALENTINE DAY

By ANSARI on 9:42 AM

Komen (0)

Filed Under: , ,


PETIKAN dari DPPROMPIN
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”
PETIKAN dari UTUSAN ONLINE
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

PETIKAN dari UST FARID RAVI
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.

PETIKAN dari MESRA.NET
“Islam mewajibkan umatnya berkasih sayang tetapi bukannya dengan meraikannya seperti yang dilakukan penganut Kristian.
“Oleh itu, remaja Islam dinasihatkan tidak meniru budaya orang lain untuk menyambut Hari Kekasih ini. Tidak perlulah kita menirunya kerana kita bukannya ketandusan budaya,”

Teman nak pesan pada kome..tak payah la gatei2 nak smbut valentine day..buang masa..buang duit..menambah dosa..mendekatkan pada maksiat..mendekatkan diri pada syaitan..mendekatkan diri pada neraka..menjauhi diri dari ALLAH. Hidup ni sekejap je..takut tak sempat nak taubat. Dosa lain pun dah menimbun2.

Bila dah kata HARAM, mestilah dosa besar..Bila dah DOSA BESAR, mestilah BERTAUBAT

PERGOLAKAN POLITIK NEGERI PERAK

By ANSARI on 8:20 PM

Komen (0)

Filed Under: ,

Tak tawu la teman nak kata ape..

ce kome pikir skt

Kenapa Speker Adun Perak seperti tergesa-gesa untuk menghantar surat kepada SPR untuk mewujudkan pilihan raya baru sedangkan 2 Adun tersebut menafikannya?

Kenapa ambil mc tapi tak beritahu kepada keluarga? kawan2? dan orang lain?

Dapat saja Najib jadi Pengerusi BN Perak terus huru-hara politik kat Perak nih.

Ahli Adun Bebas pulak tak demand nak dapat apa2 bila deme combine.

Lepas kuar parti terus je masuk sokong BN untuk tubuh Kerajaan Negeri.

Nasaruddin Adun Bota boleh pulak masuk balik BN sedangkan dia kata sebaliknya

bole pulak BN terima orang yang nak masuk parti itu. Lagi

benda ni pun aku musykil..
Masa YB Nizar nak jadi MB punya la payah nak pikir sampai berhari-hari. 8Mac menang. 17Mac baru angkat sumpah.

Kes BN nak ambil alih. Sultan hari ni jumpa Najib, esok Paklah kata Datok Zambry Kadir lusa terus angkat sumpah.
Kome pikir la..teman dah tak lalu nak kata apa dah..terlalu banyak benda-benda karut




3 FEB 2009 CUTI UNTUK RAKYAT NEGERI PERAK

By ANSARI on 10:20 PM

Komen (2)

Filed Under:



Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mengiystiharkan cuti umum kepada seluruh warga kerja di negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2009, sebagai menyambut Sambutan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak.

Menurut kenyataan akhbarnya hari ini, cuti umum itu adalah bagi membolehkan rakyat turut sama menghormati dan meraikan 25 tahun pemerintahan Seri Paduka Sultan Azlan Shah di negeri Perak Darul Ridzuan.

Ia juga bertujuan bagi membolehkan seluruh rakyat Perak mengikuti upacara penganugerahan Darjah Kebesaran Azlan II yang diadakan hanya dalam tempoh 25 tahun sekali, yang diperkenan dianugerahi Paduka Tuanku Sultan Azlan Shahpada hari berkenaan. Seramai 25 orang akan menerima anugerah itu.

Nizar turut meminta agar semua premis kerajaan dan perniagaan turut mengibarkan bendera negeri bermula hari berkenaan sepanjang tempoh perayaan sebagai menghormati dan menunjukkan kasih sayang rakyat pada Seri Paduka Sultan Perak.

Ate, ape lagi yeop yong..moh le kite turun ke kuale....!!!

MAYBANK2U.COM BERWAJAH BARU

By ANSARI on 12:36 PM

Komen (0)

Filed Under: , ,


Mulai 1 Februari 2009, laman web perbankan online paling popular; Maybank2u.com akan berwajah baru. Dengan web yang lebih menarik dan lebih userfriendly ini meninggalkan wajah yang lama, yang lebih kurang sama dengan bank2 yang lain (menu,payment dll sebelah kiri). Sebelum ini hanya laman rasmi yang bertukar wajah, tetapi mulai 1hb Feb 09, semua akan berubah.

Sila lihat video untuk lebih lanjut..

http://www.allyou.com.my/video-demos/

SYUKUR.....

By ANSARI on 3:47 PM

Komen (0)

Filed Under: ,



Pertama-tamanya teman nak mintak maap le bebanyak sebab teman dah lama tak update blog ni sebabnya teman sebuk update blog teman yang satu lagi

Sebuk dengan kerja seharian, teman dah takde point nak pos mende kat blog nih lagi..

Teman sangat2 bersyukur kerana teman aman duduk di Malaysia nih. Tanpa peperangan, rusuhan, bola-bola bom..
Syukur kerana dapat menghirup udara dengan segar tanpa alat pernafasan,tanpa bayar apa2, sihat walafiat lagi..dan yang paling penting teman masih hidup sampai sekarang..
Sangat2 bersyukur..



BROTHER WAS BORN

By ANSARI on 12:00 AM

Komen (0)

Filed Under: , , ,

Teman ada buat sebuah lagi blog untuk tatapan kome semua..semoga dapat meluangkan masa untuk menjenguknya. Jangan lupa sila tinggalkan kesan. :D

http://akilansari.blogspot.com/

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

By ANSARI on 7:52 PM

Komen (4)

Filed Under: , ,

klik untuk besar

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 1211 3010 0057 97
Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 5622 0960 8847

Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 1202 9010 0478 80
Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 5622 6301 0787

Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) Utusan Melayu Berhad & Islamic Relief
CIMB Bank Berhad Nombor akaun: 1259 0000 8040 58
Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 5621 4270 8704

Tabung Untuk Gaza NSTP,TV3,nTV7,TV9
Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 5141 0532 0501

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

By ANSARI on 4:48 PM

Komen (0)

Filed Under: ,

1 Muharram 1430H bersamaan 29 Disember 2008

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Sebelum tibanya tahun baru hijrah, umah Islam dituntut untuk membaca doa akhir tahun pada selepas waktu Asar (sebaik-baiknya sebelum masuk waktu Maghrib) dan doa awal tahun selepas selesai sahaja azan solat fardhu Maghrib.


Sesiapa yang membaca doa akhir tahun ini, syaitan berkata;
Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.
Sesiapa yang membaca doa awal tahun ini pula, syaitan berkata;
Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan
Kalau kome perasan la kan, tahun 2008 ni adalah dua tahun Tahun Hijrah..
1429H - 10 januari 2008
1430H - 29 disember 2008
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430. Teman doakan kome semua sihat sejah tera dan selamat dari bala bencana serta sentiasa dibawah payung lindungan Allah swt.

sembang >> PESANAN DARI POSMAN

By ANSARI on 12:14 AM

Komen (4)

Filed Under: ,


Pada hari selasa yang lalu, rumah teman telah didatangi oleh seorang posman. Disebabkan teman tiada dirumah pada ketika itu, (biasalah amanah kerajaan mesti dipikul dengan sepenuh hati..ha3) tidaklah dapat teman 'akad' dengan posman tersebut. Teman memang menantikan bungkusan yang teman nantikan selama ini. Harapan tersebut sangat berbaloi dengan adanya sampul yang cukup teman kenali dari dulu lagi di dalam bilik teman.


Pada post yang lalu, teman telah menceritakan tentang ubuntu 8.10 intrepid ibex dan pada hari selasa itulah posman menghantar bungkusan dari Netherlands yang telah teman tempah disini.


Ini adalah free semata-mata. Tiada bayaran sesen pun yang keluar dari poket teman. Tiada cas tersembunyi. Tapi bayar bil tmnuts je lah. Kome juga bole mencuba jika masih tidak percaya. Hanya ikut sahaja T&C. 3 minggu selepas tempah, insyaAllah sampai terus ke rumah.

Apa salahnya cuba benda yang baru..

sembang >> RAHSIA KENTUT..TUT..TUT..

By ANSARI on 3:46 AM

Komen (2)

Filed Under: ,

Teman dapat email nih..ate,teman kongsi le dgn kome..

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang b0d0h
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut


ai..pehe kome senyum-senyum? mesti ader makna nih.

sembang >> LOGO KEMERDEKAAN KE-51

By ANSARI on 1:59 PM

Komen (0)

Filed Under:

Logo Hari Merdeka 2008

Hari ini genap Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke 51. Teman rasa tahun ini macam something wrong la sambutannya..mungkin rakyat Malaysia masih lagi terasa bahang pilihan raya P44 Permatang Pauh. Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepada yang tidak menang cuba lagi dilain masa.

Tahun ini hambar sambutannya. Sangat jarang teman lihat iklan-iklan di tv, dalam suratkhabar, majalah apatah lagi. Tak apalah..janji setiap rakyat bumi ini merasai kemerdekaan yang sebenar.

Berkenaan dengan logo pada tahun ini,teman lihan pada rekabentuk logo ini mirip kepada logo Anugerah Kecemerlangan Taiwan dan ubuntu (sebuah OS under Linux). Mungkin secara kebetulan adapun ketipuan. Rakyat Malaysia memang kreatif.

sembang >> SUMPAH SAMPAH

By ANSARI on 10:02 AM

Komen (0)

Filed Under: ,

Sekarang sibuk pasal sumpah laknat. Sini sana benda yang sama. Selepas cerita sumpah si sepol tuh,teman terbaca petikan akhbar SINAR ruangan lawak hari ini pada 16hb Ogos 2008.


Bila teman habis baca spontan teman cakap 'betul juga..' sebabnya sumpah si sepol buat ni adalah tidak kena mengena dengan kes li'an yang berkaitan dengan suami isteri. Kalaulah rakyat percaya benda macam tu, semua kes rogol, rasuah, bunuh buat terus sumpah laknat. setel masalah..

sembang >> KOMEN-KOMEN DARI PELBAGAI FORUM TENTANG " DEBAT ANTARA DSAI & DATUK AHMAD SHABERY"

By ANSARI on 8:25 PM

Komen (0)

Filed Under: ,


Debat 'Hari Ini Tubuh Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak'
Datuk Seri Anwar Ibrahim Vs. Datuk Ahmad Shabery Cheek

Dimana-mana saja sekarang ni bercerita tentang debat DSAI dan DASC. Teman ambil peluang ini untuk menyiarkan komen-komen yang teman jumpa di merata web forum yang menceritakan debat ni. Yang peliknya web yang tidak kena mengena pun ada juga yang membicarakan debat ini. Contohnya web kereta.hahaha.

Selamat berfikir.

mehdiputra cakap
nordin kardi :
tak reti tanya..kaitan antara IPP dgn industri minyak dan gas pun tak tahu..sekrg semua rakyat msia tahu yang nordin kardi bodoh!
shabery:
menteri penerangan yang tak tahu nak terangkan isu...mcm budak sekolah nak kutuk2 org dlm debat pulak..baca laporan petronas pun tak abis..jadi sekrg rakyat msia tahu menteri penerangan pun sama mcm nordin kardi..patutlah TV1 & TV2 mcm hampeh dari dulu
DSAI:
Ada fakta, tepat dgn tajuk, nampak mewakili rakyat, kesian kat dia...semoga dia terpelihara oleh Allah..
Moderator Datuk Johan :
Berat sebelah...masa shabery kutuk DSAI langsung dia tak halang...maklumlah bekas Ketua Pengarang Utusan..mmglah suka menipu, berat sebelah...

Apa-apa pun debat ini besejarah...boleh membentuk minda kelas pertama untuk org melayu khasnya...
Sejarah membuktikan dgn debat org melayu dpt menjatuhkan malayan union pada masa dulu...mari kita ulangi dan mencipta sejarah.


zero2hero cakap
Aku tertarik pada 2 perkara dalam hujah Anwar & Shabery tadi...menarik dipihak Shabery bila dia jelaskan kekuatan Petronas hari ini adalah kerana KERAjaan UMNO/BN...tapi aku nak sangkal dakwaan tu dengan kenyataan ni - kalau parti lain yang membentuk kerajaan, Petronas juga akan berada pada tahap ini malah aku yakin kedudukan Petronas lebih baik dari hari ni dibawah kerajaan parti bukan UMNO/BN...

Menarik dipihak Anwar pula ialah kenyataannya - harga minyak di Arab Saudi rendah tetapi inflasinya tinggi manakala harga minyak di Malaysia pula tinggi tetapi kadar inflasi pula LEBIH TINGGI!...

fikir-fikirkan...
toing cakap
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin , mestilah orang yang pandai membela nasib rakyat...merasai keperitan rakyat.. bukan membela syarikat besar...

Inilah sikap sebenar seorang pemimpin BN..takde rase langsung nak bela rakyat...yang nak diBELA hanyalah kroni2 jer...biarlah rakyat ni cukup makan...tapi makan tak pnh kenyang.. pahaM!!!

Kepada penyokong BN-UMNO ..sedarlah bahawa keperitan ini anda juga menanggung ..tapi penah ke pemimpin anda merasa keperitan anda..pikirlah!!!
usin cakap
"Menteri penerangan ade tanye adakah Anwar tetap akan mengekalkan harga minyak, malah mungkin menurunkannya lagi (yang telah diturunkan sekiranya Pakatan Rakyat bentuk kerajaan) sekiranya stok minyak kita habis dan kite terpakse jadi pengimport minyak 100% + harge minyak lebih tinggi pada waktu tue? Aku sebenarnye tunggu jawapan YA atau TIDAK je dari DSAI tapi kalau tak silap aku yang DSAI hujahkan balik stok minyak takkan habis KALAU telaga minyak baru dijumpai. Memang aku boleh terima jawapan nie tapi itu KALAU jumpe telage minyak baru la, KALAU TAK JUMPA & lepas tue jadi net importer, macam mane pulak? Please, anybody yang tau jawapan DSAI untuk bahagian nie tolong bagitau aku ye... kalau tak terpakse la aku jadi neutral lagi sampai ade mane-mane antara 2 perikatan nie yang memuaskan hati aku....


p/s: kalau DSAI terus jawab tak untuk soalan tue, memang confirm lah satu Malaysia sokong die. Tapi ape jawapan DSAI untuk soalan tue ek?
metalisia cakap
Waaa.. mmg hebat aaa AnWAR.. Berbuih Mulut Sabry.
Kakaka.. Buat Malu Je Debat.. Tanya Lain Jawab Lain..
ape Menda laaa PoraHhhhh
Teman rasa cukupla banyak nih. Kalau nak ikutkan banyak lagi komen2 yang teman jumpa. Apa pun, debat ni mesti menjadi sejarahnya yang tersendiri yang akan rakyat ingat sampai bila-bila.

sembang >> PROTES 060708

By ANSARI on 7:30 PM

Komen (0)

Filed Under: ,
















06-07-08

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), yang dianggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, untuk menuntut diturunkan harga minyak yang kini membebankan rakyat. Tempat yang selalu bertukar-tukar tidak pernah mengurangkan sedikit pun semangat rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak.

Daripada mulanya perhimpunan tersebut dirancang diadakan di KLCC pada 5 Julai. Kemudiannya lokasi berubah di Padang Timur, Petaling Jaya dan tarikhnya juga ditukar kepada 6 Julai. Semalam, tempat perhimpunan tersebut dipindahkan ke Stadium Kelana Jaya. Perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat malam kelmarin. Penganjur mensasarkan mengumpulkan "sejuta orang" dalam perhimpunan bantahan tersebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

-dipetikan dan diolah dari malaysiakini.com-

Kebanyakkan rakyat sudah tidak tahan dengan bebanan ini. Teman berfikir jugak, adakah ada juga rakyat bergembira dengan berita kenaikan harga minyak ini? apa alasan deme (loghat Perak=mereka)? 'deme' ini tidak termasuk menteri, sbbnye pak-pak menteri tak isi minyak sendiri, tak pergi stesen minyak, tak bayar duit kat kaunter, tak angkat-masuk-picit. 'deme' ini jugak tak termasuk peniaga-peniaga atau saudagar-saudagar minyak yang tentunya byk keuntungan daripada kenaikan myk.

Teman malas nak ulas panjang-panjang, kome pun dah byk sangat dengar & baca benda2 cam gini. Sebagai rakyat Malaysia, teman berharap sangat pak2 menteri dapat cari jalan yang boleh menyenangkan rakyat. Rebet yg diberi sebenarnya tidak mencukupi. RM625 untuk kereta (1hari=RM 1.70) dan RM150 untuk motosikal (1hari=RM0.40). kesian..kesian...