PENGUMUNAN

Buat sementara waktu, blog ini sedang dikemaskini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tetapi kome masih boleh melayari seperti biasa. Terima Kasih.
HARAM SAMBUT HARI KEKASIH VALENTINE DAY

By ANSARI on 9:42 AM

Filed Under: , ,


PETIKAN dari DPPROMPIN
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”
PETIKAN dari UTUSAN ONLINE
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

PETIKAN dari UST FARID RAVI
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.

PETIKAN dari MESRA.NET
“Islam mewajibkan umatnya berkasih sayang tetapi bukannya dengan meraikannya seperti yang dilakukan penganut Kristian.
“Oleh itu, remaja Islam dinasihatkan tidak meniru budaya orang lain untuk menyambut Hari Kekasih ini. Tidak perlulah kita menirunya kerana kita bukannya ketandusan budaya,”

Teman nak pesan pada kome..tak payah la gatei2 nak smbut valentine day..buang masa..buang duit..menambah dosa..mendekatkan pada maksiat..mendekatkan diri pada syaitan..mendekatkan diri pada neraka..menjauhi diri dari ALLAH. Hidup ni sekejap je..takut tak sempat nak taubat. Dosa lain pun dah menimbun2.

Bila dah kata HARAM, mestilah dosa besar..Bila dah DOSA BESAR, mestilah BERTAUBAT

0 Komen for this post