PENGUMUNAN
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:PETIKAN dari UTUSAN ONLINE
“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
PETIKAN dari UST FARID RAVI
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’
Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.
PETIKAN dari MESRA.NET
“Islam mewajibkan umatnya berkasih sayang tetapi bukannya dengan meraikannya seperti yang dilakukan penganut Kristian.
“Oleh itu, remaja Islam dinasihatkan tidak meniru budaya orang lain untuk menyambut Hari Kekasih ini. Tidak perlulah kita menirunya kerana kita bukannya ketandusan budaya,”
Teman nak pesan pada kome..tak payah la gatei2 nak smbut valentine day..buang masa..buang duit..menambah dosa..mendekatkan pada maksiat..mendekatkan diri pada syaitan..mendekatkan diri pada neraka..menjauhi diri dari ALLAH. Hidup ni sekejap je..takut tak sempat nak taubat. Dosa lain pun dah menimbun2.
Bila dah kata HARAM, mestilah dosa besar..Bila dah DOSA BESAR, mestilah BERTAUBAT
Pertama-tamanya teman nak mintak maap le bebanyak sebab teman dah lama tak update blog ni sebabnya teman sebuk update blog teman yang satu lagi
Sebuk dengan kerja seharian, teman dah takde point nak pos mende kat blog nih lagi..
Teman sangat2 bersyukur kerana teman aman duduk di Malaysia nih. Tanpa peperangan, rusuhan, bola-bola bom..
Syukur kerana dapat menghirup udara dengan segar tanpa alat pernafasan,tanpa bayar apa2, sihat walafiat lagi..dan yang paling penting teman masih hidup sampai sekarang..
Sangat2 bersyukur..
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 1211 3010 0057 97
Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 5622 0960 8847
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad Nombor akaun: 1202 9010 0478 80
Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 5622 6301 0787
Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) Utusan Melayu Berhad & Islamic Relief
CIMB Bank Berhad Nombor akaun: 1259 0000 8040 58
Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 5621 4270 8704
Tabung Untuk Gaza NSTP,TV3,nTV7,TV9
Maybank Malaysia Berhad Nombor akaun: 5141 0532 0501
1 Muharram 1430H bersamaan 29 Disember 2008
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Sebelum tibanya tahun baru hijrah, umah Islam dituntut untuk membaca doa akhir tahun pada selepas waktu Asar (sebaik-baiknya sebelum masuk waktu Maghrib) dan doa awal tahun selepas selesai sahaja azan solat fardhu Maghrib.
Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.Sesiapa yang membaca doa awal tahun ini pula, syaitan berkata;
Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah SyaitanKalau kome perasan la kan, tahun 2008 ni adalah dua tahun Tahun Hijrah..
1429H - 10 januari 2008Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430. Teman doakan kome semua sihat sejah tera dan selamat dari bala bencana serta sentiasa dibawah payung lindungan Allah swt.
1430H - 29 disember 2008
amalan yang sangat disukai Allah ialah amalan yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit..
Ok..terus ke khaifiat-kahifiatnya:
Pertama: Membaca Fatihah...1x
Kedua: Ayat Kursi...1x
Ketiga: Ayat ke 58 Surah Yaasin...21x
Keempat: Ayat ke 59-60 Surah Yaasin...3x

Gambar dari kiri: Surah al-Fatihah, Ayat Kursi
Bawah: Ayat 58-60 Surah Yaasin
Selamat Beramal...
Cara mengelakkan kenderaan kemalangan.
Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-
1. Sediakan air dalam satu bekas.
2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3 kali ayat di baca, hendaklah di tiupkan ke dalam air.
3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-
· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
· Dari depan ke kiri.
· Dari kiri ke belakang.
· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.
Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah.
P/S: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.
TQ azizi..tuan tanah kedaun punya, teman copy paste je..
Search engine/enjin carian yang terbaru Alwahy. Sama seperti google, yahoo, msn, altavista, hotbot, webcrawler dan lain-lain lagi la..baca lagi
100% buatan muslim. Dengan tema Al-Wahy; Moral Engine sangat menepati ciri-ciri Islamic. Bebas dari seks bebas, porno dan laman web yang tidak senonoh. Lengkap dengan carian gambar, video, berita, dan audio. Juga lengkap dengan messenger, akaun email dan laman membeli-belah.
Istimewanya, laman ini mengandungi video-video kuliah, artikel-artikel Islam dan siaran langsung TV Islam dari seluruh dunia. Tetapi dengan usia yang baru setahun jagung, alwahy masih lagi belum sempurna sepenuhnya. Terlalu banyak perlu diperbaiki untuk menyaingi search engine yang lain.
Sekadar ingin berkongsi..cubalah dulu. Mana tau mungkin selepas ini, alwahy akan menjadi yang sehebat google ataupun lebih dari itu.
p/s: try kome search kat Alwahy 'asscrewz'.. mesti akan keluar 'crewz' saje..
