PENGUMUNAN

Buat sementara waktu, blog ini sedang dikemaskini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tetapi kome masih boleh melayari seperti biasa. Terima Kasih.
sembang >> PROTES 060708

By ANSARI on 7:30 PM

Filed Under: ,
















06-07-08

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), yang dianggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, untuk menuntut diturunkan harga minyak yang kini membebankan rakyat. Tempat yang selalu bertukar-tukar tidak pernah mengurangkan sedikit pun semangat rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak.

Daripada mulanya perhimpunan tersebut dirancang diadakan di KLCC pada 5 Julai. Kemudiannya lokasi berubah di Padang Timur, Petaling Jaya dan tarikhnya juga ditukar kepada 6 Julai. Semalam, tempat perhimpunan tersebut dipindahkan ke Stadium Kelana Jaya. Perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat malam kelmarin. Penganjur mensasarkan mengumpulkan "sejuta orang" dalam perhimpunan bantahan tersebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

-dipetikan dan diolah dari malaysiakini.com-

Kebanyakkan rakyat sudah tidak tahan dengan bebanan ini. Teman berfikir jugak, adakah ada juga rakyat bergembira dengan berita kenaikan harga minyak ini? apa alasan deme (loghat Perak=mereka)? 'deme' ini tidak termasuk menteri, sbbnye pak-pak menteri tak isi minyak sendiri, tak pergi stesen minyak, tak bayar duit kat kaunter, tak angkat-masuk-picit. 'deme' ini jugak tak termasuk peniaga-peniaga atau saudagar-saudagar minyak yang tentunya byk keuntungan daripada kenaikan myk.

Teman malas nak ulas panjang-panjang, kome pun dah byk sangat dengar & baca benda2 cam gini. Sebagai rakyat Malaysia, teman berharap sangat pak2 menteri dapat cari jalan yang boleh menyenangkan rakyat. Rebet yg diberi sebenarnya tidak mencukupi. RM625 untuk kereta (1hari=RM 1.70) dan RM150 untuk motosikal (1hari=RM0.40). kesian..kesian...

0 Komen for this post