PENGUMUNAN

Buat sementara waktu, blog ini sedang dikemaskini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tetapi kome masih boleh melayari seperti biasa. Terima Kasih.
PADAM LAMPU KEJAP JE..plzz…

By ANSARI on 9:48 PM

Filed Under:

 

voteearth
Earth Hour_-_Alex Yoong and Dr. Sheukh Muzzafar 60 earth hour
 

Pada 28hb Mac pukul 8 pm ( waktu Malaysia) , semua digesa menutup semua sumber elektrik selama sejam untuk menyokong kempen global warming yang dipanggil "Earth Hour".


Kempen ini dianjurkan oleh WWF. Jika anda berfikir untuk mewariskan kehijauan bumi ini, mari mendaftar di http://www.earthhour.org/signup/ dan tutup suis utama elektrik anda.


Untuk info lanjut boleh melawat laman panda.org . Mungkin ada yang berkata ini adalah propaganda Barat dan berfikiran sejam tu apa nak dibuat? Anggaplah ini satu simbolik mengingati dan menyayangi bumi ini.


Sebenarnya idea untuk shutdown elektrik selama sejam ni adalah untuk jimatkan penggunaan tenaga (janakuasa). Kalau 200,000 orang shutdown elektrik, jumlah tenaga yang diperlukan untuk menjana elektrik di stesen janakuasa dapat dikurangkan. Kalau 200k orang drive dibandingkan 200k orang on lektrik selama 1 jam. 200,000 orang yang menggunakan elektrik masih memberikan kesan yang lebih buruk. Tak tahulah kalau stesen janakuasa sekarang menggunakan Petrol Tanpa Plumbum.


Sebab apa 1 jam, dan pukul 8-9? Sebab, selepas 1 jam, pukul 8-9 di Malaysia. Masuk pulak pukul 8-9 di negara lain. Secara teorinya, selama 60jam, tiap-tiap satu negara di seluruh dunia akan menutup elektrik selama 1 jam secara berselang-seli. Selepas Malaysia tutup 1 jam, Thailand pulak tutup 1 jam, kemudian Thailand bukak balik, Vietnam pulak off, dan seterusnya


Anda mesti ingat kisah banjir di Johor dan Pantai Timur dahulu, kisah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan lain lain lagi. Itu perkara yang terjadi di Malaysia kalau dikira di seluruh dunia berapa banyak lagi la. Ini semua adalah angkara tangan manusia.


Sanggup kah anda meninggalkan air-cond,kipas angin,astro, peti ais dan sebagainya. Serta janganlah pula jem di jalanraya kerana semua nak merewang kerana nak shut down elektrik di rumah. Petrol tu pun dikira pencemaran juga tau.


Eh aku tak la, tu tokey kilang lagi teruk... kurangkan berfikiran negatif.Kita akan bertanggunjawab kepada anak cucu cicit kita kerana mewariskan bumi yang dah tak stabil econya ni.


Marilah sama-sama kita memberi sokongan terhadap kempen ini, mungkin dengan usaha yang tak seberapa ini dapatlah kita sama membantu mengurangkan pemanasan Global yang bakal berlaku bermula pada 21hb March ini nanti.
Ketika ini banyak NGO sedang giat mempromosi kempen ini dan telah memaklumkan bahawa dunia akan melalui pemanasan global pada 21hb march 2009. Bagi membantu mengurangkan pemanasan ini, kita semua digalakan memadamkan seberapa banyak lampu selama 1 jam pada tarikh dan masa seperti dibawah :

Tarikh Kempen : 28/03/2009 (SABTU)
Masa Bermula : 8.30pm-9.30pm
Tempoh switch off : 1 hour

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.earthhour.org.my/main.php

 

credit: lanunlaut

0 Komen for this post