PENGUMUNAN

Buat sementara waktu, blog ini sedang dikemaskini. Sebarang kesulitan amat dikesali. Tetapi kome masih boleh melayari seperti biasa. Terima Kasih.
DIGSBY = PERHUBUNGAN MASA KINI

By ANSARI on 8:50 PM

Komen (0)

Filed Under:

Teman yang first time dengar digsby ni kawan ym teman gtawu. Otai Ubuntu. Die yang perkenalkan kat teman. Sebab die kata benda ni bagus. macam-macam ada. Tapi baru buat untuk windows sahaja belum untuk Linux dan belum untuk Mac..mungkin tahun depan kot

Lama dah tapi sehari dua ni baru nak try. Sebab pidgin yang teman pakai buat masalah pulak. Tak boleh login ym. Teman tak bape gemo nak pakai ym, nak lain dari org kebanyakan. Ok now, teman nak buat review sikit bab digsby nih.

Digsby = Social Networking + Email + Instant Messaging (IM)

Kome bole berinteraksi dengan sesapa saje yang kome ada account seperti diatas. Tapi malangnya yang kebanyakkan kita ada friendster tak ada pulak dalam atas ni. Sebabnya friendster menggunakan pendekatan sehala selain komen & mesej. Nak taw sapa online pun xbole. (sila2 beralih fesbuk..he3)

contoh interface buddy list digsby. Semua boleh..google talk, ym, icq, msn, im malah facebook pun sama. Bole chat dengan orang yang tengah online di facebook

Digsby jugak support widget yang kita leh letak di facebook, myspace, friendster. dan bole chat pada masa itu jugak kalau tengah online

gambar2 dipinjam di blogsdna

patutla semacam yahoo messenger sbb syah kata:

“Pada 20hb yang lepas, Yahoo! Inc. telah membuat sedikit perubahan dalam server messenger mereka. Dan hal ini secara praktikalnya telah menyebabkan im client dalam linux sama ada Pidgin, Kopete, Empathy atau Gyachi, tidak boleh login atau lebih tepat lagi tidak boleh connect. Lol! Patutla tak boleh nak connect ke ym. Rupanyer si Yahoo ni ubah login method kat server diorang!

 

nak downoad digsby sinih

LAMANYA TAK UPDATE BLOG NIH

By ANSARI on 2:13 PM

Komen (0)

Filed Under:

Kepada kome yang selalu jenguk blog ini, teman sebenornye dah ke blog baru teman. Takde la baru sangat.

Teman xde idea nak update blog ini..ate, teman rasa teman nak renovate n upgrade skit2 blog ni. Sebabnya ada bugs la bila bukak. Nanti teman try fix this problem.

Lagi satu, blog ni teman nak tukar konsepnya kepada tips2 komputer ataupun 'howto' untuk bagi panduan kepada kome selain bole bertukar idea & pendapat mengenainya..

Semoga bermanfaat..tkasih

BALIKLAH MENGUNDI

By ANSARI on 8:11 AM

Komen (0)

Filed Under: ,



bes lak kempen balik mengundi nih..

PADAM LAMPU KEJAP JE..plzz…

By ANSARI on 9:48 PM

Komen (0)

Filed Under:

 

voteearth
Earth Hour_-_Alex Yoong and Dr. Sheukh Muzzafar 60 earth hour
 

Pada 28hb Mac pukul 8 pm ( waktu Malaysia) , semua digesa menutup semua sumber elektrik selama sejam untuk menyokong kempen global warming yang dipanggil "Earth Hour".


Kempen ini dianjurkan oleh WWF. Jika anda berfikir untuk mewariskan kehijauan bumi ini, mari mendaftar di http://www.earthhour.org/signup/ dan tutup suis utama elektrik anda.


Untuk info lanjut boleh melawat laman panda.org . Mungkin ada yang berkata ini adalah propaganda Barat dan berfikiran sejam tu apa nak dibuat? Anggaplah ini satu simbolik mengingati dan menyayangi bumi ini.


Sebenarnya idea untuk shutdown elektrik selama sejam ni adalah untuk jimatkan penggunaan tenaga (janakuasa). Kalau 200,000 orang shutdown elektrik, jumlah tenaga yang diperlukan untuk menjana elektrik di stesen janakuasa dapat dikurangkan. Kalau 200k orang drive dibandingkan 200k orang on lektrik selama 1 jam. 200,000 orang yang menggunakan elektrik masih memberikan kesan yang lebih buruk. Tak tahulah kalau stesen janakuasa sekarang menggunakan Petrol Tanpa Plumbum.


Sebab apa 1 jam, dan pukul 8-9? Sebab, selepas 1 jam, pukul 8-9 di Malaysia. Masuk pulak pukul 8-9 di negara lain. Secara teorinya, selama 60jam, tiap-tiap satu negara di seluruh dunia akan menutup elektrik selama 1 jam secara berselang-seli. Selepas Malaysia tutup 1 jam, Thailand pulak tutup 1 jam, kemudian Thailand bukak balik, Vietnam pulak off, dan seterusnya


Anda mesti ingat kisah banjir di Johor dan Pantai Timur dahulu, kisah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan lain lain lagi. Itu perkara yang terjadi di Malaysia kalau dikira di seluruh dunia berapa banyak lagi la. Ini semua adalah angkara tangan manusia.


Sanggup kah anda meninggalkan air-cond,kipas angin,astro, peti ais dan sebagainya. Serta janganlah pula jem di jalanraya kerana semua nak merewang kerana nak shut down elektrik di rumah. Petrol tu pun dikira pencemaran juga tau.


Eh aku tak la, tu tokey kilang lagi teruk... kurangkan berfikiran negatif.Kita akan bertanggunjawab kepada anak cucu cicit kita kerana mewariskan bumi yang dah tak stabil econya ni.


Marilah sama-sama kita memberi sokongan terhadap kempen ini, mungkin dengan usaha yang tak seberapa ini dapatlah kita sama membantu mengurangkan pemanasan Global yang bakal berlaku bermula pada 21hb March ini nanti.
Ketika ini banyak NGO sedang giat mempromosi kempen ini dan telah memaklumkan bahawa dunia akan melalui pemanasan global pada 21hb march 2009. Bagi membantu mengurangkan pemanasan ini, kita semua digalakan memadamkan seberapa banyak lampu selama 1 jam pada tarikh dan masa seperti dibawah :

Tarikh Kempen : 28/03/2009 (SABTU)
Masa Bermula : 8.30pm-9.30pm
Tempoh switch off : 1 hour

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.earthhour.org.my/main.php

 

credit: lanunlaut

SEDIH SESEDIH-SEDIHNYA...

By ANSARI on 10:04 PM

Komen (0)

Filed Under: ,

kome bace le bebetoi surat nih & kome renung sejenak.
tkasih..

HARAM SAMBUT HARI KEKASIH VALENTINE DAY

By ANSARI on 9:42 AM

Komen (0)

Filed Under: , ,


PETIKAN dari DPPROMPIN
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”
PETIKAN dari UTUSAN ONLINE
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

PETIKAN dari UST FARID RAVI
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.

PETIKAN dari MESRA.NET
“Islam mewajibkan umatnya berkasih sayang tetapi bukannya dengan meraikannya seperti yang dilakukan penganut Kristian.
“Oleh itu, remaja Islam dinasihatkan tidak meniru budaya orang lain untuk menyambut Hari Kekasih ini. Tidak perlulah kita menirunya kerana kita bukannya ketandusan budaya,”

Teman nak pesan pada kome..tak payah la gatei2 nak smbut valentine day..buang masa..buang duit..menambah dosa..mendekatkan pada maksiat..mendekatkan diri pada syaitan..mendekatkan diri pada neraka..menjauhi diri dari ALLAH. Hidup ni sekejap je..takut tak sempat nak taubat. Dosa lain pun dah menimbun2.

Bila dah kata HARAM, mestilah dosa besar..Bila dah DOSA BESAR, mestilah BERTAUBAT

PERGOLAKAN POLITIK NEGERI PERAK

By ANSARI on 8:20 PM

Komen (0)

Filed Under: ,

Tak tawu la teman nak kata ape..

ce kome pikir skt

Kenapa Speker Adun Perak seperti tergesa-gesa untuk menghantar surat kepada SPR untuk mewujudkan pilihan raya baru sedangkan 2 Adun tersebut menafikannya?

Kenapa ambil mc tapi tak beritahu kepada keluarga? kawan2? dan orang lain?

Dapat saja Najib jadi Pengerusi BN Perak terus huru-hara politik kat Perak nih.

Ahli Adun Bebas pulak tak demand nak dapat apa2 bila deme combine.

Lepas kuar parti terus je masuk sokong BN untuk tubuh Kerajaan Negeri.

Nasaruddin Adun Bota boleh pulak masuk balik BN sedangkan dia kata sebaliknya

bole pulak BN terima orang yang nak masuk parti itu. Lagi

benda ni pun aku musykil..
Masa YB Nizar nak jadi MB punya la payah nak pikir sampai berhari-hari. 8Mac menang. 17Mac baru angkat sumpah.

Kes BN nak ambil alih. Sultan hari ni jumpa Najib, esok Paklah kata Datok Zambry Kadir lusa terus angkat sumpah.
Kome pikir la..teman dah tak lalu nak kata apa dah..terlalu banyak benda-benda karut